En Lim Lam Kok memainkan peranan yang penting dalam penubuhan SJK(C)Phei Shin. Beliau disokong dan dibantu oleh beberapa orang kaya tempatan. Mereka menyewa sebuah bilik atap untuk dijadikan bangunan sekolah. Tugas pengajaran dan pembelajaran untuk 20 orang murid sahaja pada ketika itu diselanggarakan oleh En Lim dibantu oleh isterinya Pn Chuah Phaik Eng. Oleh kerana Perang Dunia Kedua tercetus pada 1941, sekolah ini terpaksa ditutup.
Sekolah ini dibuka semula pada tahun 1947, En Lim Lam Kok terus memegang jawatan sebagai Guru Besar dan jumlah murid kian meningkat sehingga 100 orang.
Pada tahun 1960, pihak Jemaah Pengurus Sekolah ini memohon kepada Lembaga Kebajikan Masyarakat untuk mendapat bantuan binaan sebuah bangunan baru yang mengandungi 6 buah bilik darjah dan sebuah bilik pejabat.
En Lim bersara pada tahun 1965.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment