SJK(C) Phei Shin membuka tirainya pada tahun 1936.
Sekolah ini mula dicadang dan disokong oleh beberapa orang kaya tempatan dan Guru Besar yang pertama, En. Lim Lam Kok dan Pn. Chuah Phaik Eng. Mereka telah menyewa sebuah rumah atap untuk dijadikan bangunan sekolah di Methodist Church Chapel, Timur Jelutong, Pulau Pinang. Pada masa itu, hanya terdapat 20 orang murid sahaja. Tugas pengajaran dan pengurusan sekolah adalah dijalankan oleh En. Lim dan dibantu oleh isterinya, Pn. Chuah.
Pada tahun 1937, sekolah Phei Shin dipindah ke No.531, Timur Jelutong, Pulau Pinang. Pada tahun 1940, oleh sebab bilangan murid bertambah, pihak sekolah telah menambah seorang guru yang baru untuk mengajar Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Perang Dunia Kedua tercetus pada tahun 1941 dan sekolah terpaksa ditutup.
Sekolah dibuka semula pada tahun 1946. Pada tahun 1950 bangunan sekolah tidak lagi dapat menampung bilangan pendaftaran murid-murid baru yang semakin ramai. Pada tahun 1951, En. Law Geok Swee telah menderma sebuah rumah atap sebagai kelas di lokasi yang beralamat sekolah sekarang iaitu 410-A, Jalan Bukit Dumbar, 11600 Pulau Pinang. Seterusnya, En. Lim Eng Siew dan En. Lim Lau Chooi selaku pengerusi dan naib pengerusi, menderma sebuah rumah papan. Rumah ini mengandungi 2 buah bilik darjah. En. Lim Lam Kok masih memegang jawatan sebagai Guru Besar dan jumlah murid sekolah ini telah meningkat sehingga melebihi 100 orang. 5 orang guru telah ditugaskan di sekolah pada ketika itu.
Pada tahun 1960, pihak Jemaah Pengurus Sekolah ini telah memohon kepada Lembaga Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan bantuan kewangan demi membina sebuah bangunan baru. pihak tersebut bersetuju untuk memberi bantuan sebanyak RM20,000.00. Disamping itu, lebih RM100,000.00 telah dapat dikutip daripada orang ramai untuk membina 6 buah bilik darjah dan sebuah bilik pejabat.
En Lim Lam Kok telah telah bersara pada tahun 1965 dan tugas beliau diambilalih oleh Pn Chuah Phaik Eng, seterusnya En Lim Chuin Min dan seterusnya En. Ong Yip Khye. Pada ketika itu, sekolah ini telah mendapat 8 buah bilik darjah dan 250 orang murid. En Ong Yip Khye telah bersara pada bulan Januari 1972. Seorang guru sekolah ini, En Tan Giam Chong dilantik untuk memangku tugas Guru Besar. Beliau menjadi Guru Besar pada bulan April 1974.
Pada 18 April 1976, Jawatankuasa Jemaah pengurus meluluskan penubuhan Jawatankuasa Pembinaan Bangunan Sekolah yang baru. En Khaw Khoon San dipilih sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut. Seorang akitek, En Chong Kum Kwang telah sudi membuat perangancangan dan pelan bangunan sekolah baru secara percuma.
South-East Malaysia Contractor Company mendapat kontrak untuk projek pembinaan bangunan sekolah dengan sebuah bilik perpustakaan, empat kelas, sebuah bilik guru dan sebuah dewan. Semua Perbelanjaan adalah diderma oleh Ahli Jawatankuasa Pembinaan Bangunan Sekolah, ibubapa dan orang ramai. Bangunan baru ini mengandungi sebuah dewan, empat buah bilik darjah, sebuah bilik pejabat, sebuah bilik perpustakaan, sebuah bilik Guru Besar dan sebuah bilik kerani. Bangunan ini siap dan mula digunakan pada pertengahan tahun 2 Ogos 1980
Menjelang tahun 1983, bilangan murid semakin bertambah sehingga melebihi 400 orang. to be continue.....
Labels: Sejarah Phei Shin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment